Mahir Pertanian Pintar Intake 1 2025
8 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada setiap minggu iaitu hari Rabu dan Sabtu akan diadakan kursus Mahir Pertanian Pintar secara virtual. Minggu ini merupakan minggu ke – 14 kursus Mahir Pertanian Pintar ini berlangsung. Kursus ini disertai oleh dua orang peserta iaitu Puan Norzurairah Binti Mat Yussof dan juga Puan Noor Asmaa Binti Yusoff. Kedua-dua peserta ini merupakan suri rumah dan juga usahawan menyertai kursus untuk menambah ilmu pengetahuan tentang pertanian dengan teknologi terkini.
Pada minggu ini peserta telah diperkenalkan dengan kit pertanian pintar iaitu Smart Watering Device dan cara permasangan kit tersebut. Kit ini akan diterima di setiap NADI untuk kegunaan peserta Mahir. Manakala di akhir kursus, terdapat kuiz yang perlu dijawab oleh peserta untuk menguji tahap kefahaman peserta.
Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat ini banyak mendatangkan faedah kepada komuniti setempat terutamanya suri rumah kerana kursus ini diadakan secara percuma, dan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman yang diadakan seminggu sekali sahaja. Peserta juga akan dibekalkan device yang akan diterima kelak untuk diuji bersama tanaman yang disemai dan boleh diakses melalui telefon pintar. Peserta juga menerima saguhati seperti tumbler air dan sijil kerana melengkapkan kursus jangka pendek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: